Pengenalan

Kita sama-sama maklum bahawa Fardhu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan dari mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya.

Produk Set Kelengkapan Pengurusan Jenazah Riyadhul Jannah adalah sebuah set lengkap bertujuan memudahkan proses pengurusan jenazah dan mengelakkan daripada berlakunya kelewatan dalam proses tersebut.

Produk ini mengandungi 26 item yang terdiri daripada bahan asas dan 1 risalah keterangan produk. Satu set yang lengkap untuk kegunaan pengurusan jenazah umat Islam samada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi. Rasional utama penghasilan produk Set Kelengkapan Pengurusan Jenazah Riyadhul Jannah ini adalah untuk memenuhi keperluan dan tuntutan Fardhu Kifayah yang sebelum ini dipandang ringan. Diharap dengan adanya Set Kelengkapan Pengurusan Jenazah Riyadhul Jannah ini, urusan latihan dan pengurusan jenazah umat Islam di Malaysia akan menjadi lebih teratur, kemas, mudah dan sempurna.