Artis : Baggio
Lagu : Awang BPR
  (AWG PUBLISHING & PRODUCTION)
Lirik : Hairul Anuar Harun
  (ANDAWALIKA SDN BHD)
Penerbit Eksekutif : Haslam Shariff
  (RIYADHUL JANNAH ASIA (M) SDN BHD)
Penerbit : Awang BPR
Sususan Musik : Awang BPR
Gitar/Bass/Keybod : Awang BPR
Seruling : Mohar

Lagu Tema Korporat

Taman Syurga

Tiap yang mula akan berakhir
Gugur daun disapa semilir
Telah tertulisnya tentang takdir
Pasti ia pasti hadir

Tak tertangguh walaupun sesaat
Rasa jauh hakikatnya dekat
Asyik maksyuk dunia memikat
Sempatkah sebelum terlewat

Bila jasad terbujur lesu
Air mata berlagu sendu
Teringat dosamu yang lalu
Tersesat jalan berliku

Tiada kata yang terucap
Ketika malaikat mendakap
Dan berangkatlah ke negeri abadi
Selama-lamanya

Indahkah malam pertamamu
Di sana...
Bisakah kita bertemu
Di taman syurga...